Program Info on Wheels (IOW) Merdeka - JaPen Meradong
16 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Info on Wheels (IOW) Merdeka yang dibawakan oleh Jabatan Penerangan Daerah Meradong telah diadakan di Pusat Internet Meradong. Program IOW di PI Meradong kali ini telah dirasmikan oleh ADUN N.46 Meradong Yang Berhormat Datuk Ding Kuong Hiing dan Encik Teng Ung Woo, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak. Turut hadir bersama ialah seramai 30 orang penduduk setempat terdiri daripada golongan pelajar dan ibu bapa.
Program IOW ini adalah inisiatif jabatan dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat melalui hebahan unit bergerak sebagai medium perantara dalam memberi penerangan berhubung isu nasional dan semasa seperti isu penularan Covid-19 dalam usaha mengekang penyebaran berita tidak benar. Selain itu, keutamaan program IOW kali ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang juga turut dinyanyikan bagi menyempurnakan lagi program IOW Merdeka ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: